July 21, 2009

Coretan Pertama


Ini posting pertama aku pasal aku la. Aku tak tahu ape yang aku nak tulis. Cuma nak bgtaw la bila dah masuk alam perkejaan ni macam lain skit cara hidup dier. Mcm tak semudah masa kita belajar. Sekarang aku kerja sebagai pegawai khidmat singkat. Tempat pertama aku menimba ilmu mengenai alam pekerjaan nih. First benda yang aku blaja kat sini adalah mengenai pengurusan masa. huhuhu... kalu nak di bandingkan dengan dulu skrg better skit kot. Skit la x banyak pown but i try my best to change to be a better man.

Skrag ni dh almost sebulan setengah aku keje dekat sini. Macam2 jenis kawan ade. hehehe... otak gile2 tp jenis islamic la... di samping kerja ade la di selitkan unsur2 islamic dan gurawan yang boleh di terima tapi x skema sgt la. Tp masa blaja besh lagik la byk masa dan ruang untuk di habis kan bersama-sama ngan kawan-kawan. Teringat la plak masa blaja dulu. Beshnyer dan aku harap dapat kembali ke masa dulu di saat2 zaman kegemilangan.

K la kawan-kawan tunggu coretan yang seterusnya ek. Saje menulis menghilangkan rasa mengantuk di dalam diri sambil teringat zaman-zaman blaja. Kawan-kawan semua keep in touch k. Peace Brothers...

July 20, 2009

Borneo's Nessie

According to legend, the Nabau was a terrifying snake more than 100ft in length and with a dragon's head and seven nostrils.

But now local villagers living along the Baleh river in Borneo believe the mythical creature has returned after this photo of a gigantic snake swimming along the remote waterways has emerged.

The picture, taken by a member of a disaster team monitoring flood regions by helicopter, has sparked a huge debate about whether the photos are genuine or merely the work of photo-editing software.

Borneo's Nessie: The image that sparked fears a giant serpent was stalking the river Baleh


Even the respected New Straits Times newspaper in Kuala Lumpur has asked readers to make up their own minds about the photos.

Villagers who claim to have seen the snake say they have given it the name of Nabau, after an ancient sea serpent which can transform itself into the shapes of different animals.

People who have studied the photograph of the shape taken from the air have dismissed suggestions that it's a log.

As one writer asked: 'A log can't be that winding, can it?' Others have suggested it's a speedboat, but this has been dismissed because of the twisting wake.

The most common accusation is that the photo has simply been manipulated on a computer, while others complain that the river is a different colour to the real Baleh rover which is a murky brown.


Mythical: A second frame appears to show something snake-like in the water off a remote village

But villagers who insist the snake exists say that photos of the creature being taken in different parts of the river prove it is swimming about.

Earlier this month scientists unearthed the fossil of a killer snake that was longer than a bus, as heavy as a small car and which could swallow an animal the size of a cow.

The 45ft long monster - named Titanoboa - was so big that it lived on a diet of crocodiles and giant turtles, squeezing them to death and devouring them whole.

Weighing an impressive 1.25 tons, it slithered around the tropical forests of South America 60million years ago, just five million years after the last dinosaurs were wiped out.

Partial skeletons of the boa constrictor-like prehistoric killer were found in a Colombian coal mine by an international team of fossil hunters.



Rennet


Assalamualaikum,

Terima kasih kerana forwardkan email ni, setelah membaca mesej ini, isteri terus ke peti sejuk mengambil bungkusan chesdale yang kami beli, To our surprise its contain 'rennet' eventhough it was marked halal by NZ Islamic Processed Food Management.. Entah berapa banyak babi telah kami makan... astaghfirullah haana'adzim. Sesiapa yang ada cara sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berwajib.

Terima Kasih..

Email #1
Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :

Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc. The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on. This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

Email #2
Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir]. Kalau di States, 70% cheese guna rennet.

June 27, 2009

Petua Kecantikan


Petua-petua kecantikan yang mudah.
  1. Minum banyak air masak yang bersih. Dengan meminum banyak air yang bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan membantu membakar kalori dalam badan.
  2. Bersenam baik untuk kesihatan dan ianya elok untuk rohani. Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam, lepas bangkit dari tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
  3. Jangan merokok kerana ianya mampu untuk merosakan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
  4. Tidur yang cukup dan jangan asyik berjaga di waktu malam. Kurang tidur akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
  5. Pada waktu tertentu benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang “make-up” . Ini akan memberikan waktu untuk kulit bernafas. Bersihkan muka daripada sebarang sisa-sisa mekap sebelum tidur.
  6. Makan yang cukup tp bukan secara berlebihan. Cara terbaik adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pastikan makanan yang dimakan adalah berkhasiat.
  7. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
  8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
  9. Don’t worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
  10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Okay? Mudah bukan, kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!
P/S: Bagi minuman air masak yang bersih lebih elok jika di campurkan dengan sedikit madu.

June 23, 2009

Kisah Lima Perkara Aneh


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

  1. Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;
  2. Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;
  3. Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;
  4. Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;
  5. Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata,"Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi,tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya.Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula.Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun dating menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan
harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat,
iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk
menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya.Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke
rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

  1. Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah.Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
  2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
  3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
  4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
  5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah,sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

p/s: Janganlah kamu kisah akan kata-kata orang tentang dirimu. Biarkan orang mengata, asalkan kamu tahu apa yang kamu lakukan itu tidak menyalahi agama dan adab masyarakat. Manusia memang tidak akan berpuas hati dengan apa yang dia ada dan orang sekelilingnya ada. Maka bersyukurlah kamu sekiranya kamu tahu orang itu mengata tentang kamu. Wallahu'alam

Cantiknya Lelaki & Gagahnya Wanita


Cantiknya Lelaki...Gagahnye wanita..??!! Nanti.. Kecantikan Lelaki..?? Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. Lelaki yang baik sangka
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kegagahan Wanita..?? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah S.A.W:-

" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71

" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa- dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul- Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Moga-moga menjadi renungan yang boleh membimbing kita semua, amin. ~ Sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan menghapuskan keburukan. demikianlah peringatan kepada orang yang mahu beringat....

Lagi Kisah Malam Jumaat


Alkisahnya, ada hamba Allah ni yang kerjanya selalu outstation, macam orang jual ubat yang lama baru balik rumah. Pada satu petang Khamis tu dia pun balik rumah.

Dah mandi gitu dia pun sembahyang, lepas sembahyang dia berwirid. Masa tengah zikir, "La ilaha illallah ...", dia berhenti sekejap teriak tanya bini, "Budak-budak dah mandi, Mah". "Dah Bang" jawabbininya.

"La ilaha illallah ..." di sambung zikirnya. Tak lama lepas tu, dia berhenti zikir sekejap zikirnya dan tanya, "Budak-budak dah makan, Mah". "Dah Bang, saya kasi makan terus lepas pakaikan baju tadi", jawab bininya. Sykur dia dapat bini yang cekap.

"La ilaha illallah ..." dengan laju sikit rentak zikirnya. Selepas beberapa minit, dia tanya lagi bininya, "Budak-budak dah tidur Mah". "Dah Bang" jawab bininya tu. "Bagus lah tu", dia jawab dengan senyum sedikit. Laju kali zikirnya macam naik sheikh, "La ilahaillah.." tak sabar.

Tak berapa minit lepas tu dia berhenti sekejap lagi dan dengan nada romantik di tanya bininya, "Mah dah sembahyang belum". Bininya lantas menjawab, "Tak boleh sembahyang, Bang". "Laaaaaa ilaaaaha illallah",
dengan nada mengeluh di akhiri zikir panjangnya dan terus naik katil
tidur, kecewa salah kira hari untuk pulang. Yang bini di luar heran kenapa tiba-tiba berhenti zikir suaminya....

P/S:- Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup kalau pergaulan kita itu tidak membuahkan rindu di hati manusia.

Badang kat Pulau Ketam


Pader suatu hari ader seorang pemuder bernamer Badang. Dia adalah seorang nelayan, kerjanyer menangkap ikan... yelah.. kater nelayan mestilah tangkap ikan takkan nak tangkap katak pulak. Dia selalu memasang lukah (lukah tu macam trap yg diletak di dalam air) di tepi sungai. Hari-hari mesti ader ikan yg tertrap kat dalam lukah yg dipasangnyer. Beberaper hari yg lalu lukahnyer selalu pecah dan ikan-ikan yg berader didalamnyer selalu hilang. Dia menjadi musykil dan marah...dia ingin tahu siapakah yg mencuri ikan ikan nyer.

Pader suatu hari dia menghendap di balik belukar untuk menyaksikan satu persembahan misteri ikan yg ilang. Dia tunggu punyer tunggu sampai ke senja. Tetiber ader satu angin yg maha kuat meniup....nun di sebelah saner ader satu lembager keluar dari semak samun berjalan menuju ke tempat di maner lukah itu di pasang. Badang terus menghendap. Dia lihat ader seekor jembalang menarik keluar lukah dan membaham sumer ikan ikan yg ader di dalamnyer. Dengan perasaan yg teramat marah dia terus menerkam ke arah jembalang itu,
"Hoi!...kakak kao punyer laks!!! ...Saper suruh kao curik ikan ikan aku hah???" sambil mengacukan parang ke arah muker nyer
"Errrrr...so...sori brader ..i ..i tak sengajer" rayu jembalang itu

" Sekarang kao mesti mati!" herdik Badang

"Nanti dulu!....i can give u anything that u want ....if u spare my life" balas Jembalang itu.

"Ok...aku nak jadi maknusia yg terkuat sekali di dunia ini" pinta Badang

"Ok..boleh bang...no problem...tapi syaratnyer abang mestilah makan .....UWEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKK!!!" Jembalang muntah dengan
banyaknyer.

Badang menadah muntah itu dengan kedua dua tangannyer...meleleh leleh membasahi lengannyer....muntah yg kalernyer kekuningan lagi pekat itu mengeluarkan bau hanyir yg cukup kuat....Badang menghirup muntah itu bersungguh sungguh sambil menjilat belen belen yg terlekat dibibirnyer dengan niat nak jadi kuat. Setelah abis muntah, jembalang itu bersuara lagi,

"As i was saying just now...abang kalau nak jadi kuat abang kenerlahmakan akar akar kayu nie......sori tadi tekak loyer jadi termuntah sikit"

SEKIAN
pengajaran : baca arahan sebelum jawap soklan preksa... err relevan ker pengajaran ni..??

Nenek Rok


Dengan kaedah penghamilan yang semakin hari semakin maju.. Seorang nenek yang lanjut usia... telah mencuba utk mengandung.. dan berhasil...

Setelah keluar dari hospital, saudara mara tak henti2 berkunjung..utk bertanyakan kabar sekaligus utk melihat bayi hasil kaedah tersebut.. Kira2... magic gitu kan.. dah tua2 pun masih boleh melahirkan... .

Suatu hari... . saudara lain datang berziarah... kedengaran la riuh rendah kata2 pujian dan gelak ketawa mereka...

"Blehkah kami melihat anak kamu itu... ? sudah tentu comel sekali.."Sambil tersenyum, nenek tersebut berkata... " boleh... tapi tunggu sebentar ya... " tanpa menerangkan apa2...

Setelah 1/2 jm menunggu... saudara tersebut bertanya lagi.."Bila boleh kami lihat anak kamu itu.. tak sabar rasernyer... "

Sekali lagi... sambil tersenyum " Kejap jer lagi.. "...

[IMG]Setelah hampir sejam..bayi tersebut masih belum kelihatan... Saudara2 nya sudah rasa resah... "Kenapa susah sangat nak tengok bayi ko nie... dah hampir sejam kami tunggu.. ko kata sekejap saja.. Kenapa mana bayi tu..??

Sambil bangun menuju ke dapur... "sabar la.. sekejap lagi bila anak ku menangis... dapatlah kalian melihatnyer... "..

[IMG]"Kenapa mesti tunggu sampai dia menangis tanya saudara2 kehairanan...
"Kerna aku lupa kat mana aku letakkan dia.. " jawab nenek
itu .slumber rok jerrrrrrr

Important Men In a Woman's Life

Who are the six most important men in a woman's life ???

  1. he says.......take off your clothes !!
  2. he says...... open wide !!
  3. he says...... you want it in the front or the back??
  4. he says.......you want teasing or blowing??
  5. he says.......once it's in you'll love it!!
  6. he says.......once it's out, you lose interest

Guess who they are!!!!!!!!!

They are :

  1. A doctor.....he says.......take off your clothes !!
  2. A dentist.....he says......open wide !!
  3. The milkman.....he says......you want it in the front or the back??
  4. The Hairdresser.....he says.......you want teasing or blowing??
  5. The interior designer.....he says.......once it's in you'll love it!!
  6. The Banker.....he says.......once it's out, you'll lose interest!

what are you thinking off, huh? you naughty you...

Tak Kira Cantik Ke Tak


"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Pencabut Nyawa


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat surga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalanbagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat mautpun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikatmaut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir"

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arahmata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. KemudianAllah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat Ku, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:

  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka
  5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat
  6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  1. Orang-orang yang mati syahid
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan
  3. Orang berpuasa di hari Arafah

Sekian untuk ingatan kita bersama

Wassallam.

Wanita



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wasiat Muslimah

Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan ‘Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-

“Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu,
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya.

Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman kepada yang berakal.

Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya,
Nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami,
dan kau terlalu berharga bagi kami.

Tetapi!
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita.

Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal
Yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Jadilah teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia

Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia

Dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu.

Jauhkan dirimu
dari segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata

Juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkit berahi

Dan…
Air cukup memada
Bagi yang tiada

Jaga masa makannya
Juga waktu tidurnya
Kerana…
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu
Di kala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira

Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua…

Hulurkan tanganmu…
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Bencimu, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.

Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu.”


Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan.

Adaptasi drpd Al-Mustanir

Sepohon Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

  1. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  2. Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  3. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
  4. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
  5. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

Wuduk Zahir dan Batin


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka do sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Waktu-Waktu yang Mustajab Doa


Allah memberikan masing-masing waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeda-beda, diantaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang menyia-nyiakan kesempatan baik tersebut. Mereka mengira bahwa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeda. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kesuksesan, keberuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajabah tersebut antara lain.


[1]. Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya". [Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150]


[2]. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pafa saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".
[Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17].


[3]. Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, beliau menjawab.

"Artinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
[Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782].


[4]. Pada Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk".
[Sunan Abu Daud,kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360.
Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672].


[5]. Sesaat Pada Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidak bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut".
[Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6]

Waktu yang sesaat itu tidak bisa diketahui secara persis dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeda-beda, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai shalat Jum'at atau hingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.


[6]. Pada Waktu Bangun Tidur

Pada Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah. Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Artinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya".
Sunan IbnuMajah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595]

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.[An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190]

Yang dimaksud dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.


[7]. Doa Diantara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah".
[Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139]


[8]. Doa Pada Waktu Sujud Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".
[Shahih Muslim, kitab shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]

Yang dimaksud adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.


[9]. Pada Saat Sedang Kehujanan

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Artinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan".
[Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078].

Imam An-Nawawi berkata bahwa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak dikarenakan pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. [Fathul Qadir 3/340].


[10]. Pada Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya kemudian bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya'. Semua keluarga histeris. Beliau bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". [Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38]


[11]. Pada Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar". [Al-Qadr : 3-5]

Imam As-Syaukani berkata bahwa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. [Tuhfatud Dzakirin hal. 56]


[12]. Doa Pada Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari kakeknya bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda

"Artinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".
[Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598]

[Disalin dari buku Jahalatun nas fid du'a, edisi Indonesia Kesalahan
Dalam Berdoa, oleh Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih, hal
181-189, terbitan Darul Haq, penerjemah Zainal Abidin Lc]

Petua Penyucian Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati:

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih".
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka).
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.