Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Ketika Ibrahim bin Ad’ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasarBasrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yangbertanya: “Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad’ham mengapakah kamimemohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?”Ibrahim bin Ad’ham menjawab: “Kerana hati kamu telah mati disebabkansepuluh perkara:

- Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
- Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.
No comments:
Post a Comment