June 23, 2009

Lagi Kisah Malam Jumaat


Alkisahnya, ada hamba Allah ni yang kerjanya selalu outstation, macam orang jual ubat yang lama baru balik rumah. Pada satu petang Khamis tu dia pun balik rumah.

Dah mandi gitu dia pun sembahyang, lepas sembahyang dia berwirid. Masa tengah zikir, "La ilaha illallah ...", dia berhenti sekejap teriak tanya bini, "Budak-budak dah mandi, Mah". "Dah Bang" jawabbininya.

"La ilaha illallah ..." di sambung zikirnya. Tak lama lepas tu, dia berhenti zikir sekejap zikirnya dan tanya, "Budak-budak dah makan, Mah". "Dah Bang, saya kasi makan terus lepas pakaikan baju tadi", jawab bininya. Sykur dia dapat bini yang cekap.

"La ilaha illallah ..." dengan laju sikit rentak zikirnya. Selepas beberapa minit, dia tanya lagi bininya, "Budak-budak dah tidur Mah". "Dah Bang" jawab bininya tu. "Bagus lah tu", dia jawab dengan senyum sedikit. Laju kali zikirnya macam naik sheikh, "La ilahaillah.." tak sabar.

Tak berapa minit lepas tu dia berhenti sekejap lagi dan dengan nada romantik di tanya bininya, "Mah dah sembahyang belum". Bininya lantas menjawab, "Tak boleh sembahyang, Bang". "Laaaaaa ilaaaaha illallah",
dengan nada mengeluh di akhiri zikir panjangnya dan terus naik katil
tidur, kecewa salah kira hari untuk pulang. Yang bini di luar heran kenapa tiba-tiba berhenti zikir suaminya....

P/S:- Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup kalau pergaulan kita itu tidak membuahkan rindu di hati manusia.

No comments: